Rekabentuk yang bulat melambangkan keseimbangan dari segala aspek pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial seseorang murid. Logo ini direka oleh Cikgu Mohd Nazri Bin Abdullah @ Martin Jenari Bin Jenal pada tahun 1993.
WARNA
KUNING : melambangkan keharmonian, kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
MERAH : melambangkan keberanian dan kecekalan dalam menempuh masa depan.
HITAM : melambangkan kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi kegiatan akademik dan aktiviti ko-kurikulum.
BIRU: melambangkan kebersihan dari segi mental dan fizikal serta disiplin yang tegas dan tinggi dalam mencapai kejayaan baik dari segi akademik dan ko-kurikulum.
CORAK
16 bucu melambangkan enam belas nilai moral yang diajar dan dipelajari, dan diamalkan di sekolah.
Lingkaran di tengah melambangkan pendidikan di sekolah-sekolah sekarang yang menuju ke arah pendidikan sains dan teknologi.
Buku melambangkan kegigihan usaha untuk mencapai kejayaan.