Sila kemaskini Pelan Strategik bagi tahun 2016 hingga 2020 bagi bidang masing-masing

PELAN STRATEGIK 2015-2020

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DISKRIPSI LOGO SEKOLAH

Melambangkan kesepaduan yang jitu dalam membina masa depan murid-murid dari segi kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum, serta ketinggian mutu kemahiran dalam pelbagai bidang dan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rekabentuk yang bulat melambangkan keseimbangan dari segala aspek pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial seseorang murid. Logo ini direka oleh Cikgu Mohd Nazri Bin Abdullah @ Martin Jenari Bin Jenal pada tahun 1993.

WARNA
KUNING : melambangkan keharmonian, kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.
MERAH : melambangkan keberanian dan kecekalan dalam menempuh masa depan.
HITAM : melambangkan kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi kegiatan akademik dan aktiviti ko-kurikulum.
BIRU: melambangkan kebersihan dari segi mental dan fizikal serta disiplin yang tegas dan tinggi dalam mencapai kejayaan baik dari segi akademik dan ko-kurikulum.

CORAK
16 bucu melambangkan enam belas nilai moral yang diajar dan dipelajari, dan diamalkan di sekolah.
Lingkaran di tengah melambangkan pendidikan di sekolah-sekolah sekarang yang menuju ke arah pendidikan sains dan teknologi.
Buku melambangkan kegigihan usaha untuk mencapai kejayaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MATLAMAT SEKOLAH

SK SG PINANG sebagai sebuah institusi untuk mendidik murid-murid peringkat sekolah rendah sebagai persediaan ke sekolah menengah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bidang-bidang yang dicakupi adalah seperti berikut:

1. Pengajaran
2. Pembelajaran
3. Bimbingan dan pembentukan sahsiah
4. Gerakerja Luar (KoKurikulum)
5. Pengurusan & Pentadbiran
6. Perhubungan dengan komuniti dan agensi luar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SLOGAN SEKOLAH

"BERUSAHA MAJU"
BERUSAHA MAJU bermaksud mengambil kira kemajuan dari aspek akademik, ko-kurikulum, kegiatan sosial dan juga disiplin sehingga ke tahap yang optimum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MISI SEKOLAH

Memberi Pendidikan Kepada Murid Demi Melahirkan Warganegara Yang Berkualiti Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VISI SEKOLAH


SK SG PINANG, DALAT,
Sekolah Terbilang Dalam Kalangan Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Menjelang Tahun 2020.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS